Isnin, 9 April 2018

PERUTUSAN PENGERUSI AHLI JEMAAH PENGARAH


PERUTUSAN PENGERUSI AHLI JEMAAH PENGARAH



Salam hormat dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada semua wargakerja PPK Sibu diatas penghasilan Laporan Tahunan ini.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada PPK Sibu diatas pencapaian yang baik sepanjang tahun 2017. Pencapaian tersebut adalah atas kerja keras dan komitment  yang tinggi serta kerjasama semua pihak sama ada secara langsung mahu pun  tidak.
Sehubungan dengan itu, saya selaku pengerusi AJP dan semua  Ahli Jemaah Pengarah PPK Sibu mengucapkan tahniah dan terima kasih kepda seluruh wargakerja PPK Sibu yang telah berkerja keras melaksanakan tugas sepanjang tahun 2017.
Tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Sarawak, khususnya kepada Jabatan Pertanian Sibu, diatas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan .
Akhir kata, saya berharap PPK Sibu akan terus mencapai kejayaan dan kemajuan, dan akan terus dapat  memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli-ahlinya.

Sekian,terima kasih.

(ENGGA ANAK UNCHAT)
PENGERUSI
AHLI JEMAAH PENGARAH
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SIBU

Latar Belakang. Pertubuhan Peladang Kawasan Sibu

    1. Latar Belakang.
Pertubuhan Peladang Kawasan Sibu dengan Nombor Pendaftaran PPK 0184 telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Peladang pada 16 Mei 1979 dibawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1974.Keluasan kawasan kendaliannya adalah meliputi keseluruhan Daerah Sibu dan Daerah Selangau.
Pejabat operasi PPK.Sibu terletak di Tingkat 10, Bangunan Wisma Sanyan,dimana aktiviti perniagaan dibandar Sibu itu sangat kompertetif. PPK.Sibu mula beroperasi di bangunan itu sejak tahun 2005.

 
Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Sibu,
Tingkat 10,Wisma Sanyan,
96000 Sibu.
Tel: 014349969 / Fax:014313158.